Jangkitan kulat Senarai_penyakit_anjing

  • Blastomikosis* ialah penyakit kulat yang disebabkan oleh Blastomyces dermatitidis yang menjejaskan kedua-dua anjing dan anjing. Anjing adalah cenderung untuk dijangkiti sepuluh kali ganda lebih daripada manusia. Penyakit ini pada anjing boleh menjejaskan mata, otak, paru-paru, kulit, atau tulang.[15]
  • Histoplasmosis* ialah penyakit kulat yang disebabkan oleh Histoplasma capsulatum yang menjejaskan kedua-dua anjing dan manusia. Penyakit ini pada anjing biasanya menjejaskan paru-paru dan usus kecil.[16]
  • Koksidioidomikosis* ialah penyakit kulat yang disebabkan oleh Coccidioides immitis atau Coccidioides posadasii yang menjejaskan pelbagai spesies, termasuk anjing. Pada anjing, tanda penyakit paru-paru termasuk batuk, demam, penurunan berat, anoreksia, dan ketidakbermayaan. Penyakit selerak berlaku apabila kulat telah tersebar di luar paru-paru dan mungkin termasuk tanda klinikal termasuk ketempangan, nyeri, sawan, radang uvea hadapan, dan pembengkakan setempat.[17] Diagnosis Demam Lembah mungkin termasuk berbilang ujian, termasuk serologi dan radiologi. Menurut satu kajian dijalankan di kawasan Tucson dan Phoenix, 28% anjing akan teruji positif untuk keterdedahan terhadap kulat menjelang umur dua tahun, tetapi hanya 6% anjing akan sakit dengan penyakit klinikal.[18] Ada peningkatan risiko jangkitan berkaitan dengan amaun masa diluangkan di luar, ruang rayau lebih besar dicapai oleh anjing, dan umur meningkat.[19]
  • Kriptokokosis* ialah penyakit kulat yang disebabkan oleh Cryptococcus neoformans yang menjejaskan kedua-dua anjing dan manusia. Penyakit ini ialah penyakit jarang pada anjing, dengan kucing tujuh hingga sepuluh kali ganda lebih cenderung untuk terjangkit. Penyakit ini pada anjing boleh menjejaskan paru-paru dan kulit, tetapi lebih biasanya mata dan sistem saraf pusat.[20]
  • Kurap ialah penyakit kulit kurap yang pada anjing disebabkan oleh Microsporum canis (70%), Microsporum gypseum (20%), dan Trichophyton mentagrophytes (10%). Tanda tipikal pada anjing termasuk keguguran bulu dan kulit bersisik.[21]
  • Sporotrikosis ialah penyakit kulat disebabkan oleh Sporothrix schenckii yang menjejaskan kedua-dua anjing dan manusia. Penyakit ini ialah penyakit jarang pada anjing, dengan jangkitan kucing dan kuda adalah lebih banyak dalam perubatan veterinar. Penyakit ini pada anjing biasanya luka kulit kepadal dan trunkus bernodul.[22]
  • Aspergilosis* ialah penyakit kulat yang pada anjing disebabkan terutamanya oleh Aspergillus fumigatus. Jangitan biasanya berada di dalam rongga hidung. Tanda tipikal pada anjing termasuk bersin, lelehan hidung, perdarahan dari hidung, dan pengulseran hidung.[23]
  • Pitiosis ialah penyakit yang disebabkan oleh kulat air daripada genus Pythium, P. insidiosum. Penyakit ini terutamanya berlaku pada anjing dan kuda, tetapi juga boleh menjejaskan manusia. Pada anjing penyakit ini menjejaskan sistem perut usus dan nodus limfa, dan jarang-jarang kulit.[24]
  • Mukormikosis ialah satu koleksi penyakit kulit pada anjing termasuk pitiosis, zigomikosis, dan lagenidiosis yang menjejaskan salur perut usus dan kulit.[6]

Rujukan

WikiPedia: Senarai_penyakit_anjing http://www.uq.edu.au/ccah/index.html?page=43608&pi... http://ic.upei.ca/cidd/disorder/von-willebrands-di... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/musculoskeletal/p... http://www.upei.ca/cidd/Diseases/nervous%20system%... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bd.com/us/diabetes/page.aspx?cat=7001&i... http://www.bordercolliehealth.com/TNSdatabase.html http://www.chronolab.com/point-of-care/index.php?o... http://www.cliniciansbrief.com/cms/portals/_defaul... http://www.dechra-us.com/files/dechra/Downloads/Ph...